Pencetus idea mula-mula nak buat kraf felt adalah bila mana saya mengidam sangat nak menjahit sesuatu. Tapi saya nak small project yang mudah, cepat siap dan paling penting, boleh dijahit dengan jari. Benda tu mesti sesuatu yang bila siap jahit, boleh diguna. Tak perlu mesin jahit. Siang malam ya saya asyik terfikir dan terkenang selagi tak dapat idea apa nak dijahit.
Terima kasih kepada kawan sekolah saya Huda, yang waktu tu dah mula pun buat kraf felt dan siap ada blog. Blog Huda dan hasil kerja tangan beliau yang comel-comel membuatkan datangnya idea 'saya pun patut cuba felt crafting'.
Saya mula dengan felt starter kit, beli dengan Sus. Sampai saja kit, saya terus jahit sesuka hati. Tak sempat nak Google cari tutorial cara jahit. Dah lama mengidam kan. Asalkan dapat pegang jarum, lalukan benang untuk cantum kain, masyaAllah seronoknya tak terkira! Puas hati walaupun sembat senget. Haha.
Suami, Mama dan adik saya layan saja kes mengidam menjahit saya ni. MasyaAllah tabarakallah. Suami tolong belikan tools. Mama tolong tunjukkan cara jahit insang pari dengan betul. Adik saya biasalah, tukang komen kerja kak dia sejak dulu, kini dan selamanya. Alhamdulillah tiga insan ini tulang belakang hingga sekarang walau tak tahu terperinci pun apa saya buat sebenarnya.
Kawan-kawan di Facebook ni pun antara yang terawal meniup semangat dan motivasi untuk saya terus cuba menjahit kraf felt. Ramai sungguh yang tempah keychain, masyaAllah. Selepas tu, ramai juga yang terjebak sama menjahit kraf felt sendiri. Benda comel, ramai nak cuba diy. Hee..
Daripada mengidam, tetiba saya terfikir pula nak buat side income dengan kraf felt. Matlamat saya waktu tu, satu saja. Untuk beli cloth diapers anak yang sedang dikandung. Sehelai CD RM30. Nak rotate pakai, eloknya ada 10 pasang. Nak minta suami RM300 segedebuk tu, saya segan. Jadi, saya nak usaha sendiri.
Bila dah dapat capai target nak beli 10 keping CD, baru saya buat permohonan. Minta izin nak shopping CD. Alhamdulillah beliau luluskan. Tapi dengan syarat, guna duit beliau. Kita pun, apa lagi kan. ALHAMDULILLAH.. 😆ðŸ¤
Itulah permulaan kisah saya dan kraf felt.
Alhamdulillah atas semua aturan perjalanan yang telah Allah taqdirkan ini.
*Cuba zoom tengok jahitan saya 15 tahun lepas. Tu lah buktinya bila saya cakap saya dulu memang tak reti menjahit. Tak reti tak apa, boleh belajar dan praktis sampai jadi. 🙂
No comments:
Post a Comment